Latar belakang The Album (album Blackpink)

Pada 4 Mei 2020, ia telah dihebahkan bahawa kumpulan ini telah menyiapkan rakaman album terbaharu mereka, dan sedang menyiapkan jadual menjalani penggambaran untuk sebuah muzik ideo pada bulan itu.[6][7] Pada 18 Mei, label Blackpink, YG Entertainment menyampaikan berita baru mengenai projek tersebut, pada awalnya untuk Jun, mengungkapkan lebih dari 10 lagu untuk album penuh pertama mereka.[8][9][10]

Pada 10 Jun, YG menghantar ciapan sebuah poster teaser untuk single pra-keluaran di semua platform media sosial, menunjukkan tarikh keluaran single itu, iaitu 26 Jun.[11] Pada 13 Jun, YG Entertainment melancarkan sebuah prolog dari rancangan realiti terbaru Blackpink, 24/365 with Blackpink menjelang pelancaran melalui YouTube. Rancangan tersebut juga akan mendokumentasikan kembalinya mereka bersamaan dengan membahagikan aktiviti mereka di vlog.[12] Pada 15 Jun, YG Entertainment memmuat naik poster individu untuk ahli Blackpink.[13] Pada hari berikutnya poster teaser lain ditunjukkan dengan tajuk single pra-keluaran "How You Like That".[13] Foto teaser lain juga dikeluarkan pada 17 Jun.[14] Video konsep yang menunjukkan para anggota Rosé, Jennie, Lisa dan Jisoo dikeluarkan pada 18 dan 19 Jun.[15][16][17][18] Foto konsep lain juga dikeluarkan pada 20 Jun.[19] Video konsep teaser dikeluarkan sehari kemudian.[20] Poster teaser rasmi kumpulan didedahkan pada 22 Jun.[21] Teaser muzik video dikeluarkan pada 24 Jun.[22]

Pada 23 Julai, YG Entertainment mengeluarkan sebuah poster teaser untuk sebuah lagu kolaborasi baru antara kumpulan ini dengan artis yang tidak diketahui namanya, yang dijadualkan untuk dikeluarkan pada Ogos.[23] Pada 28 Julai, kumpulan ini mengumumkan album studio Korea pertama mereka, BLACKPINK: The Album, yang akan dikeluarkan pada 2 Oktober 2020.[24] Pada 12 Ogos 2020, artis yang tidak diketahui namanya itu didedahkan sebagai penyanyi dan penulis lagu Amerika Syarikat, Selena Gomez.[25] Pada 21 Ogos 2020, ia didedahkan bahawa tajuknlagu kolaborasi tersebut ialah "Ice Cream".[26]Pada 28 Ogos, menerusi akaun rasmi Instagram kumpulan, album ini akan terdiri dari 4 versi dan dikeluarkan pada 6 Oktober, sementara untuk album versi digital akan dikeluarkan pada 2 Oktober.

Dalam satu temubual pada September 2020 bersama DJ Amerika Zach Sang, Blackpink mengatakan bahawa album ini ialah "penuh dengan semua kejutan yang berbeza ini, bahkan 'Ice Cream' ialah kejutan besar." Mereka menambah bahawa penerbit rakaman Tommy Brown berkolaborasi dalam dua lagu di album tersebut, termasuk "Ice Cream".[27] Pada 27 September, kumpulan ini mengumumkan sebuah acara kemunculan semula yang dijadualkan berlangsung pada 1 Oktober.[28] Pada 28 September, ia diumumkan bahawa "Lovesick Girls" akan menjadi single ketiga dari album ini. Lagu tersebut juga dirancang menjadi lagu utama dari album ini.[29] Pada hari yang sama, Blackpink mendedahkan senarai lagu dari album ini, yang mengesahkan penulisan lagu pertama kalinya dari ahli Jennie dan Jisoo serta kolaborasi tambahan dengan penyanyi rap Cardi B, penerbit rakaman David Guetta juga Ryan Tedder.[30]

Rujukan

WikiPedia: The Album (album Blackpink) http://www.billboard.com/articles/columns/k-town/9... http://www.billboard.com/articles/columns/k-town/9... http://pop.heraldcorp.com/view.php?ud=202006131006... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20200628000... http://www.koreaherald.com/view.php?ud=20200904000... http://en.ygselect.com/Product/Detail/view/pid/564... http://www.ygselect.com/shop/shopdetail.html?brand... http://gaonchart.co.kr/main/section/chart/online.g... http://osen.mt.co.kr/article/G1111444706 http://web.archive.org/web/20200926120627/https://...